Tuesday 17 February 2015

Doaku Untukmu....


Berat mata memandang berat lagi bahu memikul..
Daripada-Nya kita datang….kepadaNya jua kita kembali….. 

Tapi…percaya atau tidak…
Itulah hakikat yang harus diterima
Pergi takkan kembali…

Gurau senda..
Gelak tawa…
Suka duka…
Hal dunia…hal akhirat…
Sememangnya kau  seorang sahabat yang dihormati…. 

Bersamamu tidak pernah kering gusi…
Ada saja gurauan…
Ada saja ilmu dan pengalaman dikongsi bersama…
Walaupon perbezaan umur kita agak jauh…
Tp itu tidak menjarakkan kita daripada berseloka… 

Pilu rasa hati ini…
Kerana tidak sangka begini kesudahannya…. 

Pada tanggal 15 Feb 2015…
Kau telah pergi selamanya…. 

Seminggu di ICU…
Tanpa memberi kesempatan utk diri ini memohon maaf atau mengucapkan kata2 terakhir
Dirimu terbaring tidak sedarkan diri penangan ubat tidur yang diberikan…
Merehatkanmu daripada menanggung kesakitan barangkali….

Tak kusangka..
Pertemuan di rumahmu itu..
Adalah pertemuan terakhir…
Pertemuan itu adalah ‘jamuan perpisahan’…
ungkapan ‘NEXT’ yang sering kita guraukan..
merujuk kepada…giliran siapakan yang akan meninggalkan SENA….
apabila seorang demi seorang meletak jawatan mencari suasana baru di tempat lain…
tidak ku sangka… giliranmu pergi adalah untuk selamanya…
tidak perlu lagi kau risau hal dunia …
tidak perlu lagi kau pening kepala memikirkan hal duniawi
dan gurauanmu…’siapalah nak kat aku ni… ‘ rupanya… Yang Maha Kuasa lebih memerlukanmu…
betapa hebatnya tempat yang kau terima…
tak perlu susah payah lagi…
bezanya… kau pergi takkan kembali..
kau pergi tak mungkin bersua lagi…

tak kusangka….
Lambaian pada mggu sebelum kau pergi itu…
Merupakan lambaian terakhir…
Merupakan senyuman terkahir… 

Andai ku tahu itu adalah kali terakhir…
Takkan ku lepaskan saat2 itu untuk memohon maaf diatas segala kesalahan…kesilapan….kekasaran selama persahabatan kita…
Terlalu banyak gurauan rasanya selama kita ditempatkan satu department..
Tapi itulah kenangan yang tinggal…
Tidak ku tahu… mahu ketawa atau menangis… 

Tiada lagi gurauan di muka buku..
Tiada lagi gurauan mangkuk tingkat…
Tiada lagi gurauan seloka hari raya…
Tiada lagi gurauan ‘angin pus pus’
Tiada..dan tiada… 

Dan siapa menyangka…
Pertukaran department mu itu…
Sebenarnya memberi petanda…
Supaya kau dapat mengimamkan solat bersama mereka…
Supaya dapat kau meluangkan masa bersama sahabat yang lain…
Supaya dapat kau memberi tazkirah…dan pesanan kepada yang lain…
Supaya kau dapat beramal dan meninggalkan legasimu di dunia…

Tiada lagi kenangan nasi kerabu keropok lebih…
Tiada lagi pesanan nasi lemak brader ann giap..
Tiada lagi permintaan nasi goreng tomyam udang lebih…
Tiada lagi pujian signature dish agar2 ku itu…
Tiada lagi gurauan abang long kawasan….
Tiada lagi iron maiden….
Tiada lagi iron syed……
Ya…tiada….
Hanya kenangan yang terindah di fikiran ini… 

Terima kasih kerana meninggalkan memori ini…
Terima kasih juga di atas kisah2 yang kau ceritakan berkenaan kekasih ku dulu yang kini suami ku…
Rupanya…kau lah perantaranya…
Kaulah pembekal minyak wangi untuk kekasih ku dulu…
Dan saat2 akhir kau ingin meninggalkan kami semua…
Aku lah pula menjadi pembekal minyak angin aromaterapi kepada mu pula…
mmm….sungguh manis…
dan suami ku pula bercerita…
betapa huru haranya kau mencari minyak angin itu yang hilang di surau…
kemudian selepas 2-3 ari… dijumpai kembali…

perkenalan dengan isterimu rupanya bagaikan pengganti
supaya kau tidak hilang terus dari ingatan kami… 

Ya Allah..
Ampunkanlah dosa2 arwah…
Terima lah amal ibadatnya….
Tempatkanlah arwah di kalangan kaum muslimin
Janjikan lah syurga kepadanya…
Ringankanlah seksaan kuburnya…
Ringankanlah azab api neraka…
Lancarkanlah arwah meniti titian sirat..
Ya Allah… berkatilah arwah…
 
Kau lindungi lah juga isteri dan anak2 arwah…
Sungguh tabah dan kuat isteri arwah…
Semoga mereka berada di bawah naungan Mu.. 

Untuk kami yang masih bernafas ini Ya Allah..
Semoga dapat meningkatkan amal ibadat kami..
Semoga pengakhiran kami adalah pengakhiran yang baik dan sempurna…

Kau berkati hidup dan umur kami…
Kau tunjuki kami jalan yg benar..jalan Kau redhai…
Bukan jalan yang sesat…atau jalan yang Kau murkai…
Yang masih hidup..teruskan berilmu dan beramal…
Yang sudah tiada…semoga amalan diterima di sisi Nya.. 

Amin…..

 
~don’t know how to express this feeling…
But hopefully I will smile when thinking of you..
U left good memories… no reason for me being sad for you…
U deserve for my tears…. But I know…it will be more meaningful I f I could give shining smile for you..
Rest in peace my brother…rest from all this world matters…~

Al-Fatihah…arwah Syed Tajul Arifin bin Syed Sapian….

No comments:

Post a Comment