Friday 13 February 2015

DALAM INGATAN


Perginya beliau tiada galang ganti…
Perjuangannya dalam menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia…
Tawaduk…merendah diri dalam kehidupan…
Tidak pernah kelihatan kehidupan diselaputi kemewahan…
Kerana bukan kemasyuran yang dicari…

Allah lebih menyayangi beliau…
‘rehatlah ayahanda…sudah penat kau berjuang…
Semoga segala ilmu dan wasiat yang diberikan akan diamalkan dan dilaksanakan…’

Walaupun kami kejauhan tidak pernah berjumpa..
Tapi pernah aku mengecam arwah…
Dulu…sewaktu hingusan….
Terpengaruh dgn dakyah politik…
Semoga dosa ku ini diampunkan
Tp seiring waktu menginjak usia…
Perlahan-lahan.. perasaan hormat dan kagum dengan ketokohan beliau meresap ke dalam sanubariku…

‘lihatlah pemimpin Islam ..yang menjalani kehidupan Islam…
Menegakkan syiar Islam… Sunnah Nabi…
Berat tangungjawab dan amanah beliau…sungguh hebat beliau..
Dan sesungguhnya orang-orang hebat mmg sentiasa diuji dgn ujian yang hebat…’

‘Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan orang2 mukmin…
Angkatlah darjat khalifah kami ini Ya Allah…
Dan berikan kami pengganti yang standing dengannya…
Yang dapat membawa kami ke jalan Mu…

Amin…’

-Al-Fatihah TGNA-

No comments:

Post a Comment