Monday 16 June 2014

maafkan aku sahabat...


Maaf sahabat…
Kerana turutkan hati yg sakit..kecewa..dan mungkin cemburu…
Aku telah menjauhkan diri dari mu secara tidak sedar..

Aku kira kau menjadikan aku tempat untuk melepas kebosanan untuk seketika…

Aku tahu…aku membosankan…
Aku tahu..aku tidak mendamaikan…

Semakin hari ku rasakan kita semakin jauh…
Ya..aku mengakui..
Aku sengaja untuk tidak menegur..
Aku sengaja mahu lari…
Demi menunjukkan betapa ego nya aku…
Atau betapa aku bahagia tanpa kau di sisi…

Ya…
Aku jahat untuk mengatakan ..
‘kita hanya geng surau..’
Tidak lebih dari itu..
Hubungan kita hanyalah sekadar ‘peneman di waktu solat..’
~ oh kawan…tidakkah indah dan suci perhubungan itu..
Apabila 2 org sahabat bertemu dan berpisah kerana Tuhan???

Tapi aku ego..aku jahat..
Atau…aku cemburu…
Bila aku kadang2 di letak ke tepi..
Tidak di peduli…
Atau…lebih begini…ada org lain yg mengetepikan hak aku sebagai sahabat mu…
Mereka menjauhkan kita…

Dan….
Mungkin salah tikanya…
Kau tidak mau bersama sahabat2 ku yg lain…
Aku jadi serba salah…
Atas tembok…

Lalu aku membawa diri…
Aku membuat hubungan persahabatan yg terjalin kerana ‘kecintaan kepada yg Satu’
Menjadi pudar…

Aku ketawa dlm sedih bila mengenangkan kau tidak lagi mahu bersahabat dgn aku…
Kau pun ketawa dengan kehidupan harian …

Tapi di sebalik kegembiraan itu..
Kau menyimpan duka…
Kau menyimpan bebanan yg terlalu berat untuk dipikul…

Jahat sungguh aku menghukum tanpa periksa..
Kejam sungguh aku di atas keegoan aku…
Di kala aku menadah tangan memohon Tuhan mengurniakan aku sahabat yang menyayangiku…
Sahabat yg berkongsi suka duka…tawa tangis bersama….
Tuhan telah mengirimkan dirimu…
Di tempat suci…
Di Surau…rumah ibadah…

Dan kini…
Aku menafikannya..
Oleh kerana sedikit perasaan egois..kecewa…cemburu…

Dan sebenarnya…
Aku hina…
Aku mungkin tidak layak digelar sahabat…
Kerana aku gagal menjadi sahabat sejati…
Aku telah gagal…

Maafkan aku ..
Aku berhak dihukum…
Kerana tidak bersyukur…
Kerana kejam terhadap sahabatku…

Andai Tuhan beri aku kesempatan…
Mungkin untuk menebus kembali…
Ya….
Aku sudah lama tiada sahabat sejati…
Sudah sekian lama aku tinggalkan mereka..
Tuhan..
Dekatkan aku kepada orang-orang yg dapat mendekatkan diriku kepadaMu..
Dekatkan aku kepada org-org yg mencintaiMu…
Dekatkan aku dengan org2 yang dapat berkongsi ilmuMu..

Bahagiakan kehidupan sahabat2 ku ya Allah..
Ya…aku tidak layak untuk menjadi sahabat sejati..
Kerana aku tidak mampu menjadi sejati..
Kerana aku tidak ikhlas…

Ikhlas kan aku..
Ikhlas kan aku Ya Allah….

No comments:

Post a Comment