Friday 13 November 2015

Harapanku untukmu...

Hai anak-anakku…
Makin hari…makin takut dan bergetar dada ini..
Melihat kamu membesar di dalam zaman yang penuh fitnah ini…

Nabi Muhammad SAW itu Nabi untuk umat di akhir zaman…
Tetapi..Nabi Muhammad SAW sudah beribu tahun meninggalkan kita…
Berapakah lagi tahun yg tinggal untuk dikatakan akhir zaman???
Kita ibarat bagai telur di hujung tanduk…

20 tahun lalu..
Mama dimomokkan dengan dunia akan musnah…
Dunia nak kiamat…
Lapisan ozon menipis…
Bumi semakin panas…..
Mama takut…mama gerun….
Hari berlalu..
Dan kini ..mama hampir 3 dekad dibumi ini ..
3 dekad……
Sepanjang usia ni…
Bertambah buruk dan maha dasyat kerosakan yg berlaku
Kerosakan alam…
Kerosakan manusia…
Apa lg untuk 1 dekad yg mendatang????

Hari ini…
Mama menyaksikan…
Sejarah di dalam buku teks….
Pasti akan berubah …saat kamu menerima buku teks pada generasi kamu kelak
Takkan sama dgn apa yg mama baca 1-2 dekad dulu…
Sekali lagi….sejarah itu akan ditukar…diputar belit…
Dek kerana kepentingan masing2….
Bagaimana mama nak terangkan kepada kamu…
Sejarah mana yg benar dan haq???

Kembalilah kepada AlQuran dan Alhadis…
Temuilah tok guru dan alim ulama dlm hidup kamu…
Pada masa sekarang… tak perlulah kamu mengejar duniawi…
Kita sudah terlambat…

Mama juga xmampu utk membimbing kamu kerana ilmu kurang di dada…
Andai satu hari hati kamu berdetik…
Peganglah AlQuran dan Hadis…
Itulah penyelamat kamu di dunia dan akhirat….

Ya Allah…
Lindungi anak cucu keturunan kami dari fitnah dajjal dan kejahatan yakjuj makjuj…
Tunjuki kami jalan yang benar dan lurus…
Dekatkan kami dgn org2 yg mencintai Mu dan dapat membawa kami ke syurgaMu….


Amin…Ya Allah..Amin….
AllahuAkbar......!!!!!

No comments:

Post a Comment