Monday 23 December 2013

Kasih sayang tak terhingga..


Anakku …
Di saat mama menaip ni…
Ketahuilah bahawa mama menaip dengan perasaan luluh…
Sedih…terharu…
Juga penuh penyesalan…
Benci dengan diri sendiri…
Marah dengan diri sendiri…

Hai anak ku…
Tatkala mama marah…
Mama rotan…mama cubit..
Bukan bermakna mama benci..
Bukan bermakna mama tak sayang…

Siapalah di dunia tak sayang kan anak…

Apa yang berlaku hanyalah tindakan di luar sedar…
Akibat kemarahan yang tercetus…
Dek kerana kedegilan dan tidak dengar kata …
Tapi ketahui lah..setiap kali itu…
Mama akan menyesal…
Mama menyesal anakku…

Tidak semudah itu menjadi ibu bapa yang  terbaik untuk anak-anak…
Kami memikirkan masa depan kamu…
Kami memikirkan perkembangan kamu…

Dan satu hari nanti kamu akan mengerti…
Semuanya ada had dan limit…

Lagi dalam dunia penuh cabaran dan dugaan ini…
Memang agak sukar menggalas tanggungjawab..
Mungkin sekarang kamu tak faham…
Sekarang kamu tak mengerti…
Apa yang dilakukan sebenarnya dengan kasih sayang..
Bukan dengan kebencian…

Mama mengharapkan …
Kamu membesar dengan penuh kasih sayang..
Pengertian…

Dan kamu akan mengerti…
Apabila kamu lalui….
Detik-detik ini....

Hapuskan dendam dan kebencian dalam jiwamu anakku…
Ikhlaskan diri…. Ikhlaskan diri….

‘Ya Allah… beri aku kekuatan dalam mendidik anak-anakku..menjadi insan yang beriman..berhati mulia…penuh kasih sayang..penuh kelembutan…tetapi tegas dengan pendirian..

Mudahkan perjalanan anak ku… peliharalah kehidupan anak ku…tunjukkan mereka jalan yg benar dan jalan yg Engkau redhai….aminnn’

MAMA SAYANG HUMAIRA, HAKIM DAN HARITH…
KAMU ANAK YANG LAHIR DARI RAHIM MAMA..
KASIH SAYANG MAMA….

No comments:

Post a Comment