Saturday 22 June 2013

janji Allah itu pasti...

Mama bersyukur pada Tuhan...
Atas kurniaan rezeki yang tak putus2 dariNya...
Lebih2 lagi bila ia 'turun' bersama anugerah terindah...

Benarlah janji Allah...
Rezeki untuk anak itu sentiasa ada...

Di kala mama merasakan kesempitan..kekurangan
Kesesakan...
Tika itulah ia sentiasa mencukupi...

Yang penting penerimaan kita...
Kesyukuran kita terhadap apa yang ada..

ALLAH tidak memberi apa yang kita mahu..
Tetapi Dia memberi apa yang kita perlu..

Duduk dengan tenang..
fikir dengan waras...

Tak perlu gundah andai fesyen tidak mengikut zaman..
Tak perlu khuatir andai mekap tidak terbeli...
Tak perlu risau andai gajet tidak secanggih mana

Kerana cukup dengan BERSYUKUR..
Insyaallah...
Semua akan mencukupi...
Hidup pun tenang harmoni...

Peduli kata orang...
Yang penting kita bahagia..
Tak kacau periuk nasi orang....

Peace...

No comments:

Post a Comment