Monday 28 January 2013

....


‘Oh Tuhan..
Andai ditakdirkan di dalam rahim ku ini terdapat benih yang baik..
Benih yang akan  menjadi umat Mu yang hebat..soleh…yang beriman… yang bertakwa dunia dan akhirat…
Yang membawa kebaikan dan berita gembira di dunia ini…
Juga yang dapat menjadikan kami sebagai ibu bapa yang hebat.. beriman.. bertakwa di dunia dan akhirat…
Maka Kau peliharalah benih ini…Kau suburkanlah benih ini….
Kau jadikan lah kami insan yang bersyukur dan meredhai pemberian anugerah Mu ini…

Dan sekiranya..
Terdapat benih dalam rahim ini yang bakal membawa mudarat kepada agama Mu…yang membawa berita buruk…yang melalaikan..
 Maka Kau gugurkanlah ia tanpa memberi aib kepada kami..
Dan jadikanlah kami manusia yang bersyukur dan bertakwa terhadap setiap segala KurniaanMU…

Sesungguhnya kami adalah hambaMu yang amat lemah.. hina dina…
Hanya Kau yang Maha Mengetahui segala sesuatu….
Segala yang tersirat dan tersurat…
Hanya Kau yang tahu apa yang terbaik buat umatmu…
Tidak lah kami lahir di dunia ini tanpa menerima ujian darimu…

Amin…’

No comments:

Post a Comment