Monday 18 June 2012

from deep in my heart..

sayang…
mama minta maaf sangat-sangat…
dari lubuk hati mama…

betapa tangan ini laju menampar..mencubit.. merotan kamu…
ikut sangat perasaan amarah ini..
yang begitu geram dengan sikap kamu …
membuli adik… menjerit tak tentu hala…
bersikap biadap…

ya.. kamu kecil.. tidak mengerti..
dan mama sebagai orang dewasa juga tidak patut
melakukan kamu sedemikian rupa…

apalah akal yang kamu ada pada usia baru 2 tahun…
dan di manakah akal kewarasan mama bila mencubit kamu sekuat hati…

seboleh-bolehnya mama mahu mengelakkan keganasan…
mama benci pembuli kanak-kanak..
mama sendiri tidak mahu menjadi seorang yang membuli kanak-kanak..
lebih-lebih lagi anak mama sendiri

mama ingin mendidik kamu dengan kasih sayang…
tetapi kesabaran itu ada hadnya….

Bila melihat wajah sayu kamu menahan kesakitan..
Hati mama diruntun hiba…

Dimanakah sikap belas mama…

Percayalah sayang….
Mama amat menyayangimu…

Bak kata pepatah…
‘sayang anak tangan tangankan…’

Mama melakukan demikian untuk mendidik kamu
Supaya terbit rasa takut dan hormat…
Bukan menanam perasaan memberontak dan benci…

Ingatlah sayang…
Sebagai mama.. apa yang mama lakukan adalah untuk kebaikan kamu…
Jangan di simpan di dalam hati..
Kerana apa yang mama lakukan demi kasih sayang kepada kamu…

Maafkan mama…

No comments:

Post a Comment