Monday 28 May 2012

sumber inspirasi...

Sayangku.. dalam hidup ini ada banyak peluang…
Terpulang kepada kita bgmana nak ambil…
Mungkin hidup org lain lebih bertuah dan menikmati segala peluang
Yang ada dengan mudah…
Dan ada manusia yang mensia-siakan peluang di depan mata..
Dan ada juga manusia yang tidak diberi peluang

Boleh kita katakan.. ‘xd rezeki..bukan rezeki kite…’

Tapi pokok pangkalnya datang dari hati…
Sekiranya kamu terniatkan sesuatu…
Mengingini sesuatu…
Berusaha untuk mencapainya…
Walau setinggi langit..
Kerana tiada apa yg mustahil dalam hidup ini…
Terus berusaha.. dan berusaha….
Jadikan hidup org lain sebagai sumber inspirasi..
Lihat..pelajari.. usaha…dan milikinya…dan seharusnya bersyukur..
Insyallah.. kamu akan menjadi manusia hebat…

Tp sayangku….
Walau setinggi mana kamu mendongak…
Jangan lupa menunduk ke bawah…
Walau sejauh mana kau ke langit…
Jgn lupa untuk turun ke tanah…
Ingat asal usul kita…
Ingt kejadian kita…
Bersihkan hati dan jiwa…
Kita hidup beragama dan bermasyarakat…
Hormati dan semai kasih sayang…

Jgn sesekali ego dan bongkak
Kerana semua itu bukan milik kita..
Hanya pinjaman sementara..
Ingtlah kehidupan nan kekal abadi
Itu yg lebih utama….

Semoga berjaya anak-anak ku..
Semoga menjadi seorang yang berjaya.. hebat..
Dihormati oleh masyarakat…
Yang penting sekali..
Berjaya hidup di dunia untuk mencari keberkatan hidup di akhirat..

Amin…

No comments:

Post a Comment